LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL INTERBATCH 2018

 

LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL INTERBATCH

 Pada 14 Julai 2018 telah diadakan Piala ALUMNI SISTA untuk kali ke – 4. Kejohanan ini diadakan di Ipoh, Perak. Untuk makluman, Piala ALUMNI SISTA edisi 2014, 2016 & 2017 mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran dianggarkan 800 orang yang terdiri dari pemain, pegawai, AJK, penyokong dan lain-lain. Tetapi pada tahun 2018, kehadiran menurun atas faktor tempat pertandingan. Sebelum ini, Piala ALUMNI SISTA diadakan di sekitar Lembah Klang. Edisi kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Alumni SISTA, Dato’ Mohammad Rafiai bin Hj. Moktar.

Walaubagaimanapun, edisi tahun ini, para pemain tetap menunjukkan semangat sukan dan semangat ukhwah yang menjadi objektif kejohanan ini diadakan. Diharapkan tahun hadapan dapat dilaksanakan kembali di Lembah Klang atas faktor lebih ramai bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang bekerja dan masih lagi belajar di kawasan tersebut.

Sekalung penghargaan diberikan kepada penganjur kejohanan, Kelab Bola Sepak AlumSIS dan kerjasama Alumni SISTA yang menjayakan Piala ALUMNI SISTA 2018. Tidak lupa juga semua pemain yang mengambil bahagian dan ucapah tahniah kepada Juara Terbuka (2011-2015), Juara 30+ (2001-2005) dan Juara Veteran (1991-1995).

P/s: Gambar – gambar kejohanan boleh didapati di Facebook Rasmi Kelab Bola Sepak AlumSIS

Program Ibadah Qurban 2018

Masa : 7.30 PAGI

Tarikh : 24 OGOS 2018

Hari : Jumaat

Tempat : Padang Sekolah Izzudin Shah

Semua alumni SISTA adalah dijemput hadir seawal 7.30 pagi

GOLF PERSAHABATAN ALKIS-ALSIS

Sekali lagi AlumniSista (ALSIS) berjaya bekerjasama dengan bekas pelajar Kolej Islam (ALKIS) mengadakan Golf Persahabatan ALKIS vs ALSIS pada 12 Ogos 2018 di Kelab Golf  Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SISTA

Bertempat di Dewan Dato’ Mohamed Ghazali bin Jawi, Sekolah Izzuddin Shah

Mesyuarat Tahunan Koperasi Alumni SISTA

diadakan bersama dengan mesyuarat tahunan alumni SISTA