SEJARAH PENUBUHAN ALUMNI SISTA


Sekitar tahun 1970-an, di atas keperihatinan sekumpulan bekas pelajar telah berusaha mengumpul bekas-bekas pelajar untuk menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’ayah. Setelah tertubuhnya persatuan ini, maka ia dikenali sebagai PBPSISTA yang bermaksud Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’ayah.

PBPSITA ditubuhkan adalah untuk mengumpul seramai mungkin bekas pelajar kedua-dua sekolah ini untuk terus berbakti semula kepada kedua-dua sekolah setelah mereka berada di luar dan telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Ini kerana terdapat ramai lepasan kedua-dua sekolah ini yang telah pun berjaya di dalam bidang masing-masing sama ada di sektor swasta dan awam yang telah menjawat jawatan tinggi dan penting serta tidak ketinggalan juga kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Selain daripada itu, bekas pelajar kedua-dua sekolah ini juga telah pun kehadapan di dalam memimpin Badan-badan bukan Kerjajaan (NGO) yang sama menyumbang di dalam pembangunan negara dalam konteks sosial, sementara tidak ketinggalan sebagai pemimpin parti-parti politik dan telah menjawat jawatan tertinggi di dalam parti masing-masing.

Perasaan kagum juga patut dilahirkan, walaupun berada di dalam ideology yang berlainan tetapi apabila bertemu di atas tiket bekas pelajar SISTA maka dilihat seperti tidak ada sebarang perbezaan di antara mereka. Ianya boleh diibaratkan sebagai satu keluarga yang lahir daripada “ibu bapa” yang sama.

Satu sejarah tersendiri terbentuk bagi persatuan ini tercipta pada Mesyuarat Agung tahun 2004, di mana President Persatuan, Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah sebulat suara mengubah nama PBPSISTA (Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’yah)  kepada Alumni SISTA yang juga membawa makna yang sama.

Apabila memperkatakan tentang pelajar dan bekas pelajar SISTA ini, tentu sahaja ungkapan “Budak Izzuddin” dan “Budak Ta’ayah” tentu sahaja akan terpacul dari mulut sesiapa pun untuk memperkenalkan seseorang itu adalah bekas pelajar atau pelajar SISTA apabila bertemu. Malah ungkapan ini sudah sebati dengan sesiapa pun bukan sahaja bekas pelajar atau pelajar SISTA sendiri. Walau pun usia sudah dimamah, ungkapan “Budak Izzuddin” dan “Budak Ta’yah” menjadi ungkapan biasa dalam melambangkan pelajar atau bekas pelajar SISTA.

Ekoran daripada itu, satu majlis makan malam dalam tahun 2004, satu pelekat kereta tertera perkataan “Budak Izzuddin dan “Budak Ta’yah” telah dilancarkan oleh Presiden Alumni SISTA, YAB Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi demi untuk meluaskan jaringan (networking) bekas-bekas pelajar SISTA.

Sehingga kini telah banyak aktiviti yang telah dilaksanakan yang melibatkan pelbagai generasi Alumni SUSTA tetapi penglibatan generasi baru tidak begitu memberangsangkan jika dibandingkan generasi awal SISTA. Sehubungan itu pihak Alumni SISTA sangat-sangat berharap agar generasi baru SISTA dapat bergabung dalam menjayakan misi dan visi Alumni SISTA.