KEAHLIAN ALUMNI


Persatuan mempunyai jenis-jenis ahli seperti berikut

  • Ahli Biasa
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Seumur Hidup
  1. Ahli Biasa terbuka kepada mereka yang pernah belajar di Sekolah Izzuddin Shah atau di Sekolah Raja Perempuan Taayah. Mereka yang masih belajar di mana-mana sekolahtidak boleh menjadi ahli
  2. Ahli Bersekutu terbuka :
    1. Guru-guru yang mengajar atau pernah mengajar di Sekolah Izzuddin Shah atau Sekolah Raja Perempuan Taayah
    2. Suami atau isteri bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah atau Sekolah Raja Perempuan Taayah
  3. Ahli Biasa layak menjadi Ahli Seumur Hidup apabila membayar Yuran Seumur Hidup sekaligus.
  4. Tiap-tiap permohonan menjadi Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Seumur Hidup, dihantar kepada Setiausaha Agung bersama-sama dengan bayaran Yuran Masuk dan Yuran Tahun Pertama. Setiausaha Agung akan mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada satu Mesyuarat Jawatankuasa untuk diluluskan
  5. Ahli Bersekutu boleh menikmati kemudahan persatuan tetapi tidak berhak mengundi atau memegang jawatan dalam persatuan.